KUALA LUMPUR:Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menyeru penganjur acara yang perlukan bantuan dalam menganjurkan perlumbaan agar menghubungi persatuan itu.
Menurut kenyataan MAM pada Isnin, persatuan itu akan membantu menyediakan surat permohonan rasmi yang akan ia serahkan sendiri kepada Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Belia dan Sukan untuk semakan dan pertimbangan.
"Susulan perkembangan terkini yang membenarkan pembukaan separa sektor sukan dan rekreasi, MAM sedar dan memahami impak ekonomi yang dialami oleh komuniti permotoran di Malaysia. Justeru, kami ingin mengambil peluang ini untuk membantu mereka," demikian menurut kenyataan itu.
Penganjur dan promoter yang memerlukan bantuan diminta menghantar surat permohonan rasmi berserta nama acara, tarikh, jumlah peserta termasuk pasukan, bilangan pegawai terlibat serta prosedur operasi standard COVID-19 khusus untuk acara itu ke [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Persatuan akan menyediakan surat permohonan rasmi yang akan ia serahkan sendiri kepada MKN dan KBS. - Gambar hiasan
Harga petrol, diesel kekal hingga 5 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1Malaysia Development Berhad berjumlah US$681 juta yang difailkan terhadapnya dan beberapa yang lain, ditolak.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lubnan, Global Royalty Trading Sal terhadapnya berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Reels test 2
20 ahli geng TR dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lalu.
Laporan penuh nahas helikopter diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Penganjur perlu bertanggungjawab - KBS
KBS meminta penganjur perlumbaan bertanggungjawab berhubung insiden yang menyebabkan pelumba drag Muhammad Hattem meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan Ahad lepas.
Litar lumba APDCrew mampu jadi 'jenama' baharu permotoran Selangor
Amirudin Shari berpuas hati dengan aspek keselamatannya yang telah mendapat kelulusan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).
Penganjur perlumbaan disaran dapat nasihat MAM
Ini bagi memastikan venue perlumbaan menepati standard keselamatan minimum.
Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini
Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan.
Penganjur Cub Prix hadapi masalah konsep gelembung sukan
Penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka juga bergantung kepada pelanjutan PKP yang dijadualkan tamat Khamis ini.
MAM sedia bantu penganjur perlumbaan peroleh kebenaran
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menyeru penganjur acara yang perlukan bantuan dalam menganjurkan perlumbaan agar menghubungi persatuan itu.
MAM cadang pulihkan 2021 dengan acara permotoran menarik
MAM akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik pada peringkat organisasi.
KBS beri sumbangan peribadi kepada Kasma Daniel, bukan penajaan
Badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.