awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mana belas ihsan? Video lelaki hempas kucing tular di media sosial

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/09/2020
05:46 MYT
Mana belas ihsan? Video lelaki hempas kucing tular di media sosial
Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki bertindak menzalimi seekor kucing tular di media sosial. - Foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association
Lagi kekejaman manusia terhadap haiwan!
Terbaru, sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki bertindak menzalimi seekor kucing tular di media sosial.
Kejadian dikatakan berlaku di Setapak, Kuala Lumpur.
Rakaman video jelas menunjukkan seorang lelaki berbaju biru sedang berjalan ke arah keretanya sebelum mendapati seekor kucing berada di cermin hadapan kenderaannya itu.
Dia kemudian dilihat menghempas kucing berkenaan ke lantai.
Video itu didedahkan melalui Facebook Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association pada Selasa.
Kucing malang itu dilaporkan mempunyai pemilik yang telah membawa kucingnya mendapatkan rawatan di pusat veterinar.
"Saksi diminta tidak menarik laporan terhadap pelaku. Aksi seorang lelaki menghempas kucing kerana marah kepada kucing yang duduk atas keretanya menimbulkan kemarahan masyarakat di negara ini," kata persatuan itu dalam status yang dimuat naik pada Selasa.
Bagaimanapun, Persatuan Haiwan Malaysia turut menasihatkan pemilik agar tidak mendedahkan haiwan peliharaan kepada bahaya.
"Pemilik haiwan peliharaan juga adalah dinasihat tidak membebaskan haiwan peliharaan ke kawasan berisiko tinggi yang terdedah kepada bahaya. Ini kerana pemilik juga boleh dipersalahkan sekiranya insiden buruk berlaku kepada haiwan peliharaannya," ujar status itu lagi.
Dalam pada itu, kucing berkenaan dilaporkan cedera dan telah menerima rawatan veterinar.
Tular video seorang lelaki menghempas kucing di Setapak
Tular video seorang lelaki menghempas kucing di Setapak
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kuala Lumpur
#lelaki
#Malaysia
#Media
#media sosial
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan