DREBAR
‘Manchester For Live’ – Chevrolet nak bawa anda ke Old Trafford
Berita baik untuk peminat Manchester United khususnya – pergi ke mana-mana bilik pameran Chevrolet di Malaysia; pandu uji sebuah model pilihan anda, kemudian tempah serta daftarkan pembelian diantara sekarang hingga 10 Disember 2015 untuk memenangi peluang ke Stadium Old Trafford. Bukan sekadar untuk melawat, tetapi turut untuk menonton perlawanan liga perdana Inggeris ‘Man U’ menentang pasukan Chelsea pada 28 Disember nanti.
Hadiah utama ini merangkumi dua tiket VIP ke perlawanan tersebut, sepasang tiket penerbangan dan penginapan di hotel selama 5 hari/4 malam.
Serentak dengan itu, pihak Chevrolet Malaysia turut menyediakan rebat tunai bagi kesemua lima model yang dijual: RM20,000 untuk Malibu, RM12,5000 untuk Orlando, RM11,000 untuk Cruze, RM12,500 bagi Cruze Sport dan RM5,000 untuk Colorado.
Model Colorado Sport juga mendapat rebat RM6,000 manakala Sonic (sedan atau hatchback) pula diberikan rebat RM11,000. Promosi rebat ini sah sementara stok masih ada.
Chevrolet menjadi penaja rasmi pasukan Manchester United bermula musim 2014/2015 bagi tempoh tujuh tahun dengan nilai USD559 juta.