MALAYSIA
Manfaatkan kreativiti belia ASEAN, Afrika untuk menambah baik cara urusan dijalankan - PM Anwar
Anwar berucap pada forum bertemakan 'Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama' yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Ethiopia dan Kesatuan Belia Pan-Afrika. - Foto Bernama
ADDIS ABABA: Masyarakat, baik dari ASEAN mahupun Afrika perlu memanfaatkan tenaga, kreativiti, serta daya usaha belia masing-masing kerana mereka adalah penggerak perubahan kepada sesebuah negara.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fenomena global ini seharusnya menjadi satu isyarat jelas bagi kerajaan di seluruh dunia untuk menambah baik cara urusan dijalankan.
"Ini penting supaya kita dapat memenuhi keperluan belia dengan lebih bermakna," kata Anwar dalam syarahan khas di Forum Belia Afro-Malaysia yang diadakan di Addis Ababa pada hari ini.
Forum bertemakan 'Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama' itu dianjurkan bersama oleh Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Ethiopia dan Kesatuan Belia Pan-Afrika.
Majlis dihadiri lebih 250 delegasi belia bagi membincangkan hal-hal berkaitan pemerkasaan dan kerjasama belia antara kedua-dua negara.
Turut hadir adalah Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia, Ergoge Tesfaye.
Selepas acara ini, Anwar sempat meluangkan masa bersama pemimpin Islam di Ethiopia sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bole untuk berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja di sana.
Perdana Menteri akan berada di sana sehingga 23 November ini dan antara agenda utama adalah menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.
Sebelum forum ini, Anwar juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AUC), Mahamoud Ali Youssouf di ibu pejabat beliau di Addis Ababa.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar telah menekankan potensi besar untuk menghubungkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN, sesuatu yang mampu membuka ruang pertumbuhan baharu, meningkatkan keterhubungan serantau bagi membawa manfaat langsung kepada rakyat.
Selain itu, menurut Anwar, Malaysia juga bersedia berkongsi kepakaran dalam bidang yang selari dengan agenda pembangunan Afrika, termasuk kewangan Islam, ekonomi digital, pembangunan infrastruktur mampan serta sektor komoditi bernilai tinggi seperti minyak sawit.
Ringkasan AI
- Belia dari ASEAN dan Afrika digalakkan untuk memanfaatkan tenaga, kreativiti, dan usaha mereka sebagai ejen perubahan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar menekankan pentingnya penambahbaikan cara kerajaan berurusan global untuk memenuhi keperluan belia dengan lebih bermakna.
- Forum Belia Afro-Malaysia yang bertemakan 'Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama' di Addis Ababa, dihadiri lebih 250 delegasi belia dari Malaysia dan Ethiopia untuk membincangkan pemerkasaan dan kerjasama belia antara kedua negara.