BATU PAHAT: Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak Dan Tugas-tugas Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia terdiri daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI), wang ihsan kematian, bantuan pembelian barangan keperluan dan bantuan baik pulih kecil rumah.
Beliau berkata BWI diberikan kepada setiap isi rumah yang terkesan berjumlah RM1,000 manakala bantuan wang ihsan kematian merujuk kepada pemberian RM10,000 sekiranya berlaku kematian akibat bencana banjir.
"Dua lagi bantuan tambahan ialah pembelian barangan keperluan asas sehingga RM2,500 dan bantuan baik pulih kecil rumah sehingga RM5,000," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Telok, di sini, hari ini.
"Meskipun banjir masih lagi berlaku di beberapa daerah di Johor, agensi kerajaan di peringkat daerah sedang giat mengenal pasti Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat. BWI juga telah mula diagihkan kepada mangsa yang layak, dan pemberiannya dijangka selesai awal April ini," katanya.
Armizan berkata proses penyaluran bantuan dan senarai penerima bantuan yang berpindah ke PPS akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah.
Sementara itu, beliau berkata bagi mangsa banjir yang tidak berpindah, senarai nama penerima yang layak akan dikumpulkan oleh ketua komuniti masing-masing dan perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diangkat permohonan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk agihan peruntukan bantuan bencana.
"Saya difahamkan proses penyerahan bantuan wang ihsan di negeri Johor walaupun episod bencana banjir belum berakhir sepenuhnya, tetapi proses penyerahan bantuan telahpun bermula di negeri Johor.
"Kita mengharapkan kerajaan negeri Johor dan pejabat-pejabat daerah dapat memastikan BWI dapat disalurkan segera mungkin," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Armizan berkata ia terdiri daripada BWI, wang ihsan kematian, bantuan pembelian barangan keperluan dan bantuan baik pulih kecil rumah. - Foto BERNAMA/fail

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Pembenihan awan: Tiada syarikat penuhi syarat CAAM, Pulau Pinang mohon bantuan Nadma
Kerajaan Pulau Pinang memohon bantuan segera daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk operasi pembenihan awan dijalankan di kawasan tadahan air empangan di negeri ini.

Kerajaan teliti dakwaan mangsa banjir di Seberang Takir tidak tersenarai penerima bantuan
Kerajaan Persekutuan akan meneliti dakwaan segelintir mangsa banjir di kawasan DUN Seberang Takir yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan walaupun sudah mendaftar di PPS.

Kes kematian akibat denggi meningkat 400 peratus berbanding tahun lepas - Zahid Hamidi
Peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

140 stesen hidrologi naik taraf, 107 stesen baharu di Johor siap tahun depan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu kerja-kerja menaik taraf 140 stesen hidrologi selain pembinaan 107 stesen baharu di negeri ini sedang dijalankan dan dijangka siap tahun depan.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Situasi banjir tiga negeri semakin pulih, masuki fasa pascabanjir - KP NADMA
Situasi banjir di Johor, Melaka dan Pahang semakin pulih dan akan memasuki fasa pascabanjir dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idru

Pahang akan salur wang bantuan kepada ketua isi rumah terjejas banjir
Kerajaan negeri akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) pemberian bantuan wang ihsan sebelum ini, seperti diberikan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir: Polis kerah 369 anggota bantu operasi menyelamat - KPN
Polis telah mengerahkan seramai 369 anggotanya sebagai langkah untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara sejak Rabu lalu.

RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalur kepada Nadma - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Nadma bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di Johor.

Belanjawan 2023: Peruntukan RM150 juta untuk NADMA, tambah baik aset persediaan bencana - PM
Peruntukan sebanyak RM 150 juta akan disalurkan kepada Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menambah baik keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana.