awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang

Bernama
Bernama
24/03/2023
09:11 MYT
Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
Jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 369 orang setakat 4 petang ini berbanding 419 orang pada 8 pagi tadi. - Gambar hiasan/Bernama
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Batu Pahat dilihat semakin pulih selepas jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 369 orang setakat 4 petang ini berbanding 419 orang pada 8 pagi tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ia berikutan 50 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut.
"Keadaan banjir semakin baik, beberapa mangsa dapat pulang dan pembersihan juga telah dilakukan di rumah mereka," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.
JPBN memaklumkan lima PPS menempatkan 105 keluarga masih beroperasi setakat ini iaitu SK Seri Medan (174 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), Sekolah Agama (SA) Seri Comel (54 orang), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Bertam (enam orang).
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan hujan pada petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Batu Pahat
#banjir johor
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan