Mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 584 orang

Astro Awani
Januari 26, 2014 04:05 MYT
Mangsa yang dipindahkan adalah daripada 59 buah kampong. --Foto JPAM Beaufort
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Beaufort meningkat kepada 584 orang pada Sabtu dari 478 orang.
Paras air Sungai Padas mencatat bacaan 8.63 meter berbanding paras bahaya 8.70 meter.
Menurut laporan Bernama, yang mengungkap kata-kata Pegawai Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman, mangsa yang dipindahkan adalah daripada 59 buah kampung.
370 orang daripada mangsa ditempatkan di Dewan Pa’ Musa dan 214 orang di Kampung Suasa.
“Jalan ke beberapa buah kampung masih tidak dapat dilalui, antaranya Kampung Binunuk dan Kampung Tebobon, manakala jalan ke Kampung Bingkul, Kampung Melulugus, Kampung Limbawang, Kampung Batu 60 dan Kampung Lawa telah boleh dilalui” kata Mohd Sahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun turut memberitahu Bernama bahawa dua lagi pusat pemindahan banjir akan dibuka jika bilangan mangsa bertambah.
Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort dua pusat pemindahan yang dirancang itu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong.
Berikut adalah beberapa laporan terkini yang dimuatnaik di Twitter oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Beaufort.

INFO TERKINI BANJIR DI BEAUFORT SABAH MASA : 2200H Dewan Pa ' Musa Sources: Unit PRO / UMS civil defense Beaufort pic.twitter.com/6HyLw35vNY

— JPAM Beaufort (@JPAMBeaufort) January 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

INFO TERKINI BANJIR DI BEAUFORT SABAH MASA : 2200H Dewan Pa ' Musa Sources: Unit PRO / UMS civil defense Beaufort pic.twitter.com/s4OKqfWyi1

@mulliadi INFO TERKINI BANJIR DI BEAUFORT SABAH MASA :1400H KG BAKALAU BEAUFORT pic.twitter.com/zEMpy1xb2g

— JPAM Beaufort (@JPAMBeaufort) January 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@mulliadi INFO TERKINI BANJIR DI BEAUFORT SABAH MASA : pic.twitter.com/3fNhkK5Fye

— JPAM Beaufort (@JPAMBeaufort) January 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir #Beaufort #Mohd Sahid Othman #paras air #Sungai Padas