Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Johor naik sedikit, Pahang berkurang - NADMA

61704710353_banjir.jpg
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor catat sedikit peningkatan manakala jumlah mangsa banjir di Pahang pula menurun sedikit berbanding yang dicatatkan malam tadi.

Secara keseluruhannya, terdapat 8,675 orang yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi Selasa berbanding 8,566 orang di 73 PPS malam tadi.

Menurut laporan terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor seramai 7,316 mangsa dipindahkan ke PPS yang aktif.

Ia meliputi 25 PPS dibuka di Kota Tinggi yang menempatkan 4,652 mangsa, diikuti 11 PPS di Kluang dengan 1,613 mangsa dan lima PPS di Johor Bahru dengan 903 mangsa.

Selain itu, tiga PPS di Segamat dengan 73 mangsa serta sebuah PPS masing-masing di Kulai dengan 86 mangsa dan Pontian dengan 17 mangsa.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 1,222 mangsa daripada 334 keluarga yang berlindung di 27 PPS di tiga daerah berbanding 1,393 mangsa daripada 383 keluarga di 26 PPS
malam tadi.

Seramai 536 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 11 PPS di Rompin, serta masing-masing lapan PPS di Maran (473 mangsa daripada 110 keluarga) dan Pekan (213 mangsa daripada 57 keluarga).





Advertisement

Must Watch Video