awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat petang ini

Bernama
Bernama
06/04/2025
10:15 MYT
Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat petang ini
Semua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat meningkat kepada 285 orang daripada 94 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 254 orang daripada 88 keluarga 8 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan berkata kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.
"Sungai Senggarang mencatatkan paras amaran dengan bacaan 3.36 meter manakala Sungai Batu Pahat pada paras waspada dengan 2.3 meter," katanya.
Beliau berkata cuaca di Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan cerah manakala daerah lain mendung.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir dari empat kampung di Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam meningkat kepada 138 orang daripada 30 keluarga setakat 4 petang berbanding 131 orang daripada 29 keluarga 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan trend pemindahan pada petang ini meningkat.
Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.
Tujuh kampung di Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu terjejas banjir dan PPS SK Bukit Garam mula beroperasi pada 6 petang Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Batu Pahat
#Sabah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan