awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat petang ini

Bernama
Bernama
07/04/2025
11:35 MYT
Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat petang ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan dengan seramai 334 orang daripada 110 keluarga berbanding 285 orang daripada 94 keluarga pagi tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di dua negeri yang dilanda banjir meningkat petang ini menjadikan keseluruhan mangsa seramai 481 orang berbanding 464 pagi tadi.
Di Johor, jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan dengan seramai 334 orang daripada 110 keluarga berbanding 285 orang daripada 94 keluarga pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mereka adalah dari Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
"Kesemua mangsa yang terjejas di daerah Batu Pahat ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading," katanya.
Di Sabah, jumlah mangsa banjir di daerah Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Garam meningkat kepada 147 orang melibatkan 31 keluarga daripada 138 mangsa daripada 30 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa terdiri daripada 39 lelaki dewasa, 38 wanita serta 70 kanak-kanak daripada empat kampung.
Pada 2 April, Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer timur dari Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras sungai ke tahap bahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#mati lemas
#PPS
#tahap bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan