[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Mangsa banjir di Johor terus meningkat

Bernama 06/04/2025 | 01:40 MYT
Semua mangsa banjir ditempatkan di PPS SMK Sri Gading dan mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Baharu Sri Gading sahaja. - Foto Penduduk Kampung Baharu Sri Gading
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa terjejas susulan banjir kilat di Johor menunjukkan peningkatan pagi ini, melibatkan kawasan Kampung Baharu Sri Gading dekat Batu Pahat.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata setakat 8 pagi hari ini, sebanyak 254 mangsa daripada 88 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 99 mangsa daripada 34 keluarga semalam.
Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading dan mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Baharu Sri Gading sahaja.
"Sungai Senggarang di Batu Pahat berada pada paras amaran dengan bacaan 3.37 meter manakala Sungai Batu Pahat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.
"Cuaca pada pagi ini cerah di kesemua daerah," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#banjir #PPS #banjir johor #Batu Pahat