NATIONAL
Mangsa banjir di Johor terus meningkat

Beberapa daerah di Johor mengalami hujan pagi ini, sementara cuaca di daerah lain mendung. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Sabah kekal seperti sebelumnya setakat pagi ini.
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 326 orang daripada 108 keluarga, dengan paras air Sungai Senggarang dan Sungai Batu Pahat berada pada tahap amaran.
- Beberapa daerah di Johor mengalami hujan pagi ini, sementara cuaca di daerah lain mendung.
- Di Sabah, jumlah mangsa banjir di Kinabatangan kekal 138 orang daripada 30 keluarga, dengan empat kampung terjejas akibat bencana tersebut.
"Paras air Sungai Senggarang di Batu Pahat kini berada pada tahap amaran iaitu 3.35 meter manakala Sungai Batu Pahat mencatatkan bacaan 2.30 meter iaitu pada paras waspada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa daerah turut dilaporkan hujan pagi ini, termasuk Muar, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Tangkak dan Kulai manakala cuaca mendung di Johor Bahru, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi.
Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir di daerah Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 138 orang daripada 30 keluarga pagi ini sejak malam tadi.
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat kampung terjejas akibat bencana itu.
Pada 2 April, Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer timur dari Kota Kinabalu diisytihar sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai pada tahap bahaya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami