awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kedah terus menyusut kepada 30 orang

Bernama
Bernama
14/11/2021
01:33 MYT
Mangsa banjir di Kedah terus menyusut kepada 30 orang
Cuaca hujan setiap hari dalam tempoh hampir sebulan lepas menyebabkan daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik mengalami banjir. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 30 orang daripada sembilan keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 33 orang daripada 12 keluarga, petang semalam.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Cenderawasih, Pendang.
"PPS ini telah diaktifkan sejak 2 Nov lepas bagi menempatkan mangsa banjir. Sekiranya air surut sepenuhnya, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, keadaan cuaca hujan setiap hari dalam tempoh hampir sebulan lepas menyebabkan daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik mengalami banjir hingga hampir 900 mangsa ditempatkan di PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#banjir kedah
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan