[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

Mangsa banjir di Kelantan hampir 2,000 orang

Ridauddin Daud 13/12/2022 | 11:32 MYT
Secara keseluruhannya, sebanyak 838 keluarga dari lima buah negeri dipindahkan ke PPS dengan jumlah mangsa kini ialah 2,769 orang. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencecah angka hampir 2,000 orang apabila seramai 1,964 penduduk di daerah Pasir Mas kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 4 petang Selasa, sebanyak 615 keluarga terjejas akibat banjir di daerah itu dan kini ditempatkan di tujuh buah PPS.
Laporan itu juga menunjukkan daerah Pasir Mas merupakan satu-satunya lokasi di Kelantan yang membuka PPS akibat daripada banjir.
Secara keseluruhannya, sebanyak 838 keluarga dari lima buah negeri dipindahkan ke PPS dengan jumlah mangsa kini ialah 2,769 orang.
Di Pahang pula, empat PPS dibuka bagi menempatkan 433 mangsa manakala di Perak, seramai 137 mangsa dari 34 keluarga kini berteduh sementara di tiga buah PPS disediakan.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu ialah 184 orang daripada 47 dan di Johor pula berjumlah 51 orang daripada 15 keluarga.
Semua mangsa banjir di dua negeri itu ditempatkan di sembilan PPS dengan dua di Johor dan tujuh di Terengganu.
Setakat jam 4 petang Selasa, Nadma memaklumkan, tiada PPS yang sudah dibenarkan untuk ditutup.
#mangsa banjir #ramalan banjir #bantuan banjir #banjir kelantan