MALAYSIA
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga bencana dipertingkat
Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ringkasan AI
Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
PPS di Kota Bharu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering; SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Seri Tumpat 2 di Tumpat manakala SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat di Bachok.
Tinjauan Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini malam ini mendapati sebahagian laluan utama di kawasan kampus telah dinaiki air hingga paras lutut.
Selain itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima lembangan sungai utama di negeri itu berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.
Ia melibatkan Jajahan Pasir Mas iaitu Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan), Pasir Puteh - Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak dan Sungai Buaya Ikat), Kota Bharu - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin dan Sungai Kelantan).
"Bachok iaitu Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin dan Sungai Semerak), Kuala Krai - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir) dan Tumpat - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok dan Sungai Kelantan)," menurut kenyataan itu.
Sementara di TERENGGANU, situasi banjir gelombang pertama di negeri itu tidak berubah sejak petang tadi dengan jumlah mangsa kekal 276 orang berlindung di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.
Di KUALA LUMPUR, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana yang mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.
Arahan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri, dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 Nov.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 Nov.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang di tiga jajahan, manakala Terengganu kekal 276 orang.
- Beberapa sungai utama di Kelantan berisiko naik jika hujan berterusan, dengan laluan di sekitar UMK Kampus Kota turut dinaiki air.
- NADMA keluarkan notis kesiapsiagaan susulan amaran hujan berterusan di enam negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.