awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/12/2022
22:00 MYT
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat
Bacaan paras air Sungai Golok masih lagi merekodkan bacaan paras bahaya namun menurun kepada 9.48 meter malam tadi. - Astro AWANI
RANTAU PANJANG: Mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat kepada 1,929 orang melibatkan 601 keluarga.
Hanya jajahan Pasir Mas yang terlibat dengan banjir gelombang ketiga selepas berlaku limpahan air Sungai Golok.
Bacaan paras air Sungai Golok masih lagi merekodkan bacaan paras bahaya namun menurun kepada 9.48 meter malam tadi.
Bagaimanapun, Sungai Golok di Tumpat menyaksikan peningkatan paras air dengan merekodkan bacaan 2.26 meter melebihi bacaan paras amaran.
LAMAN KHAS BANJIR
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan, Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab memaklumkan lebih 90 anggota APM ditugaskan membantu memindahkan mangsa banjir di jajahan Pasir Mas.
Beliau pada masa sama mengingatkan kanak-kanak supaya tidak bermain air banjir kerana bimbang kehadiran haiwan berbisa.
"Buat masa ini tiada panggilan haiwan berbisa tapi ada orang kampung lapor ada ular.
"Di sini APM menasihati berhati-hati masa banjir ini, pelbagai risiko lain muncul. Jangan biarkan ahli keluarga atau anak kecil bermain di kawasan berisiko, ada tempat dalam juga, sentiasa perhatikan anak masing-masing," katanya.
Jelas Mohd Adzhar lagi, setakat ini pihaknya tidak menerima panggilan menangkap ular atau haiwan berbisa sejak banjir melanda kali ini.
Namun peringatan awal perlu diberikan kepada kanak-kanak khasnya supaya menjauhi kawasan yang menjadi tempat haiwan berbisa berlindung, seperti kayu hanyut, di atas pokok dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#banjir
#Sungai Golok
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan