awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang

Bernama
Bernama
24/06/2024
02:10 MYT
Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang
Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis. - Facebook UPPM N. 31 Membakut
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di daerah Membakut meningkat kepada 100 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 37 orang daripada 17 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, semua mangsa banjir itu telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.
"Hujan berterusan yang berlaku di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir dan jumlah mangsa dipindahkan pagi ini menunjukkan trend kekal atau tidak berubah," menurut kenyataan itu.
Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis.
Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.
- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir Membakut
#Pusat Pemindahan Sementara
#Pengurusan Bencana Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan