awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini

Bernama
Bernama
03/02/2024
13:46 MYT
Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini
Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini. - Gambar fail/APM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) jumlah itu berkurang berbanding 28 orang daripada 12 keluarga petang tadi.
Sementara itu, tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati paras beberapa sungai di Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya pada 8 malam ini.
Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Arau di Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan di Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 16 jalan ditutup akibat jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; dan Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang serta Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Pahang
#PPS
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan