Mangsa banjir di Pahang meningkat 51 orang

Bernama
Disember 29, 2015 01:49 MYT
Pada Isnin, 39 orang daripada sembilan keluarga telah dipindahkan akibat banjir di negeri itu. - Gambar Fail.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini meningkat kepada 51 orang daripada 11 keluarga berbanding 39 orang daripada sembilan keluarga yang direkodkan, petang semalam.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata kesemua mangsa dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kempadang, Berjaya Permai di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kempadang, sejak 6 petang.
"Sehingga kini, hanya satu kawasan di Kuantan yang terlibat dengan pemindahan mangsa banjir manakala daerah lain di Pahang tidak melibatkan pemindahan," katanya di sini, hari ini.
#banjir #Jabatan Pertahanan Awam Malaysia #Pahang #Zainal Yusoff