awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
N.Sembilan berpotensi jadi hab utama data dengan pembinaan Kampus Pusat Data Hijau
LKIM galak persatuan nelayan terlibat aktif dalam akuakultur
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak dan Sarawak berkurangan setakat petang ini

Bernama
Bernama
12/12/2025
10:20 MYT
Mangsa banjir di Perak dan Sarawak berkurangan setakat petang ini
Situasi banjir di Perak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan petang ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan petang ini manakala bilangan mereka yang terjejas di Sarawak juga menunjukkan sedikit penurunan.

Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Perak semakin pulih; jumlah mangsa di PPS berkurangan dari 19 kepada 4 orang dari satu keluarga di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak, Hilir Perak.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di seluruh daerah Perak hingga 8 malam ini.
  • Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 141 orang dari 65 keluarga; mereka masih di tiga PPS di Miri susulan banjir dan tanah runtuh.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan empat orang daripada satu keluarga masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak, Hilir Perak berbanding 19 mangsa daripada lima keluarga pagi tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di seluruh daerah di Perak hingga 8 malam ini.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan setakat 4 petang, jumlah mangsa berkurangan sedikit kepada 141 orang daripada 65 keluarga berbanding 142 orang daripada 65 keluarga pada sebelah pagi, dan mereka masih berlindung di tiga PPS di Miri susulan bencana banjir serta tanah runtuh.
PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Angus menempatkan 12 orang daripada empat keluarga manakala PPS SK Suai Niah masih dihuni 121 mangsa daripada 58 keluarga.
PPS Dewan Bulan Sabit Merah pula menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga terkesan banjir manakala empat sekeluarga dipindahkan ke situ kerana tanah runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#situasi makin pulih
#pusat pemindahan
#Perak
#Sarawak
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan