MALAYSIA
Mangsa banjir di Perak, Kedah terus berkurangan pagi ini
Di Perak, jumlah mangsa di tiga daerah berkurangan kepada 437 mangsa daripada 128 keluarga berbanding 467 mangsa daripada 136 keluarga malam tadi, dengan kesemua mereka ditempatkan di enam PPS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keadaan banjr di Perak dan Kedah beransur pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan kepada 1,442 mangsa berbanding 1,514 mangsa pada malam tadi.
Di PERAK, jumlah mangsa di tiga daerah berkurangan kepada 437 mangsa daripada 128 keluarga berbanding 467 mangsa daripada 136 keluarga malam tadi, dengan kesemua mereka ditempatkan di enam PPS.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, daerah Larut, Matang dan Selama mencatat sedikit peningkatan kepada 38 mangsa manakala daerah Manjung serta Kerian kekal dengan masing-masing 247 dan 152 mangsa.
Sementara itu di KEDAH, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,005 mangsa daripada 282 keluarga pagi ini berbanding 1,047 mangsa daripada 311 keluarga malam tadi.
JPBN Kedah memaklumkan, mangsa terlibat dari Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena yang ditempatkan di enam PPS.
Pendang merekodkan jumlah tertinggi iaitu 557 mangsa daripada 156 keluarga diikuti Kota Setar (361 mangsa daripada 102 keluarga) dan Pokok Sena (87 mangsa daripada 24 keluarga).
Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir melaporkan Sungai Pendang di Pendang melepasi paras bahaya dengan bacaan 3.42 meter.
-- BERNAMA