KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak terus menunjukkan peningkatan manakala Selangor merekodkan penurunan pagi ini berbanding malam tadi.
Melaka dan Kelantan pula merekodkan jumlah mangsa banjir sama berbanding malam tadi.
Di PERAK, mangsa banjir meningkat kepada 920 orang daripada 263 keluarga setakat 10 pagi berbanding 874 orang daripada 249 keluarga setakat 8 malam tadi.
Kesemua mangsa berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.
Daerah Hilir Perak merekodkan peningkatan mangsa banjir kepada 205 mangsa daripada 60 keluarga berbanding 159 mangsa daripada 46 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.
Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor melaporkan setakat 8 pagi, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 886 orang daripada 233 keluarga berbanding 949 mangsa membabitkan 255 keluarga malam tadi.
Sebanyak 15 PPS masih dibuka iaitu enam di Sepang, masing-masing tiga di Kuala Selangor dan Kuala Langat, dua di Sabak Bernam manakala satu di Klang.
Di MELAKA, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 44 orang membabitkan 10 keluarga setakat 8 pagi ini.
Kesemua mangsa terjejas adalah dari daerah Alor Gajah melibatkan Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing, Kampung Panchor dan Lubok China dan kini ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir termenung di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan 401 orang daripada 115 keluarga setakat 8 pagi ini, sama seperti malam tadi.
Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa banjir ketika ini ditempatkan di empat PPS di Rantau Panjang iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kubang Kual, PPS Putat Tujoh dan SK Gual Periok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 20 2022

Mangsa banjir menunjukkan celupan dakwat selepas mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Mengundi SK Pasangan, Kampung Kuantan, Kuala Selangor, semalam. -- fotoBERNAMA

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Jabatan Kastam | JKDM ambil pendekatan berhemah tangani syarikat culas cukai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil pendekatan berhemah dalam menangani isu syarikat culas bayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan negara terpaksa tanggung kerugian sehingga 150 juta ringgit tahun lalu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka
Badli Hisham antara 17 duta dan pesuruhjaya tinggi yang baharu dilantik ke Sri Lanka yang menyerahkan watikah pelantikan mereka.

Fokus kepada perpaduan, pembangunan rakyat - Hajiji
Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

WHO | Julung kali Malaysia Pengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif
Pertama kali dalam sejarah negara apabila Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pantau Kerajaan Baharu: Kos Umrah Naik | Mencari Punca & Penyelesaian
Sejak kebelakangan ini, timbul perbincangan isu berkenaan kos umrah yang semakin meningkat. Apa puncanya? Kami cuba merungkai isu ini dan mencari solusi terbaik. Kita bersama Datuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) bagi perinciannya.

MTDC, Gobi Partners labur RM5 juta dalam pitchIN
MTDC melabur bersama syarikat itu melalui Dana Pertumbuhan Perniagaan MTDC dan Dana Superspeed II Gobi.
![[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport [TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007793/33867762601675397315057_640x360.jpg)
[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport peribadi secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS
Pihak Pentagon sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

40 rumah dinaiki air, 72 mangsa banjir kilat Simpok ditempatkan di PPS
PPS tersebut dibuka seawal jam 6 pagi melibatkan 40 kediaman di Kampung Simpok.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Johor menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor terus menunjukkan penyusutan kepada 1,403 orang malam ini, berbanding 1,573 petang tadi.

Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
Sekurang-kurangnya dua orang hilang selepas tanah runtuh melanda Kesuma Timur Road yang terletak di pantai barat daya Sulawesi.

Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat sedikit pagi ini
Di Sabah, bilangan mangsa meningkat kepada 758 orang daripada 220 keluarga di 15 PPS, berbanding 690 daripada 204 keluarga malam tadi.

Banjir: 2 lagi daerah terjejas di Sabah, mangsa di Johor berkurangan
Dua lagi daerah di Sabah terjejas dengan banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak awal petang tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Johor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan peningkatan, manakala di Johor berkurangan setakat petang ini.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah berkurangan
Daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Johor menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 1,935 orang setakat malam ini.

Kerajaan Persekutuan tidak dapat lawan perubahan iklim secara sendiri - Nik Nazmi
PNBCAP adalah program adaptasi iklim urban pertama di Malaysia.