awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perlis akan terima bantuan wang tunai - MB

Bernama
Bernama
18/09/2024
14:10 MYT
Mangsa banjir di Perlis akan terima bantuan wang tunai - MB
Mangsa banjir di Perlis akan diberikan bantuan wang tunai segera menerusi Tabung Bencana Perlis, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli. - Foto Facebook Mohd Shukri Ramli
ARAU: Mangsa banjir di Perlis akan diberikan bantuan wang tunai segera menerusi Tabung Bencana Perlis, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Beliau berkata tabung bencana itu adalah atas nama akaun Amanah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Che Murad Sayang Ramjan yang akan diberikan menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
"Sumbangan tabung ini akan diberi melalui ICU Perlis. ICU yang akan urus kepada penerima bantuan atau mangsa bencana terus ke akaun mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Arau di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa.
Sementara itu, beliau menasihati rakyat Perlis agar lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya semasa hujan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Setakat 2 petang ini, sejumlah 45 mangsa banjir daripada 15 keluarga di Perlis ditempatkan di PPS SK Arau dan SK Sena, Kangar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir Perlis
#bantuan wang tunai
#Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan