awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal

Bernama
Bernama
31/01/2023
02:20 MYT
Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Sungai Endau di Mersing masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 2.38 meter, namun menunjukkan tren penurunan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Johor mencatatkan sedikit peningkatan pagi ini manakala bilangan mangsa banjir di Pahang kekal.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,532 orang daripada 560 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, berbanding 1,376 mangsa daripada 522 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Pitas mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,152 orang daripada 450 keluarga, diikuti Telupid 226 orang daripada 59 keluarga, Paitan 111 orang daripada 40 keluarga serta Lahad Datu, membabitkan 43 orang daripada 11 keluarga.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di empat daerah meningkat kepada 2,138 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,113 orang pada 8 malam tadi dengan 22 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.
Daerah Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92), menurut JBPN dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sungai Endau di Mersing masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 2.38 meter, namun menunjukkan tren penurunan.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan kesemuanya masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Denai di Rompin.
Sementara itu, Sungai Rompin di Jambatan Segamat/Kuantan dalam daerah Kuantan masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 10.68 meter pagi ini namun merekodkan trend menurun.
Jabatan Meteorologi meramalkan Rompin akan mengalami hujan sepanjang hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan