KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini.
Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir direkodkan seramai 1,723 mangsa daripada 673 keluarga dan ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, berbanding 2,639 mangsa daripada 927 keluarga di 19 PPS petang tadi.
Menurut kenyataan itu jumlah mangsa di Pitas merekodkan seramai 1,348 daripada 565 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, diikuti Paitan 333 mangsa daripada 97 keluarga dan Lahad Datu kekal 42 mangsa daripada 10 keluarga.
"Dua PPS masing-masing satu di Pitas iaitu Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa," menurut kenyataan itu.
Selain itu, 10 lagi PPS di Pitas ditutup pada jam 2.50 petang tadi, manakala empat PPS di Paitan ditutup pukul 3 petang.
Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS menurun sedikit kepada 2,216 orang setakat 8 malam, berbanding 2,464 orang pada 2 petang tadi.
Terdapat pertambahan satu PPS di Batu Pahat menjadikan 30 PPS yang aktif setakat ini dengan tujuh daerah masih terjejas iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.
Mersing masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 802 mangsa, diikuti Batu Pahat (431), Kluang (424), Kota Tinggi (416), Segamat (123) dan Tangkak (15).
Di PAHANG, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Rompin malam ini kekal 314 orang daripada 96 keluarga, yang kini ditempatkan di tiga PPS iaitu PPS Kampung Setajam seramai 165 mangsa, PPS Kampung Rekoh (122) dan PPS Kampung Denai (27).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini. - Gambar fail/Astro AWANI

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

AWANI Ringkas: KKM arah orang ramai henti ambil ubat batuk, selesema ada Pholcodine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan
Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
MoF akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

PMKS Johor digalakkan mohon pembiayaan BRJohorNiaga - Onn Hafiz
Usahawan bagi PMKS di Johor terutama mereka yang terjejas banjir di daerah Batu Pahat dan Segamat digalakkan memohon pembiayaan yang ditawarkan menerusi program BRJohorNiaga.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang setakat 4 petang ini berbanding 26,381 orang direkodkan pada 8 pagi tadi.

Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pascabanjir di Johor
Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 28,008 orang
Daerah Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Situasi di Johor makin pulih, banjir surut sepenuhnya di Tangkak
Situasi banjir di negeri ini dilihat semakin baik setelah daerah Tangkak menjadi daerah terkini pulih sepenuhnya daripada bencana berkenaan.