NATIONAL

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

Bernama 02/03/2025 | 01:00 MYT
Pemandangan udara Sekolah Kebangsaan Sualok yang ditutup sejak Rabu berikutan dinaiki air dari limpahan air Sungai Sualog ketika tinjauan di Telupid, 28 Feb 2025. -- fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.
Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman Sabah itu.
"Sebanyak 42 orang daripada 14 keluarga berada di Balai Raya Maau Kampung Kiabau dan 89 orang daripada 23 keluarga di Dewan Kampung Rancangan Nangoh," menurut kenyataan itu hari ini.
Dewan Kampung Bambangan pula menempatkan 92 orang daripada 24 keluarga, Masjid Lama Kampung Gana Jati (115 orang daripada 40 keluarga) dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong (dua orang daripada satu keluarga).
-- BERNAMA
#banjir #Sabah #PPS #mangsa banjir