Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang

Eleanor Michelle Patrick
Januari 20, 2021 02:34 MYT
Mangsa banjir di lapan daerah di Sabah meningkat kepada 791 orang setakat pagi ini. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di lapan daerah di Sabah meningkat kepada 791 orang setakat pagi ini.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat ini melibatkan daerah yang terjejas.
Antara daerah terbabit ialah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.
"Daerah Kota Belud mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini seramai 239 orang diikuti Beaufort (217) dan Tuaran (119).
"Sebanyak 13 PPS juga masih dibuka setakat ini melibatkan lapan daerah tersebut," katanya.
Senarai kampung yang terlibat dengan insiden tanah runtuh pula direkodkan sebanyak tujuh kes setakat ini di seluruh Sabah.
#banjir #mangsa banjir #Sabah #pusat pemindahan #PPS #Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #APM #Beaufort #Kota Kinabalu #mati lemas