awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
31/01/2025
00:00 MYT
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Anggota pasukan keselamatan di Sarawak membantu memindahkan mangsa banjir. Susulan banjir di negeri itu, tiga lagi PPS dibuka di Samarahan dalam tempoh 12 jam. - Gambar Astro AWANI
KUCHING: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Samarahan dalam tempoh 12 jam membayangkan situasi banjir di wilayah itu terus memburuk.
Dua PPS tersebut ialah PPS SK Hj Kekali, Semera yang menempatkan 33 mangsa daripada lapan keluarga, PPS Dewan Sri Budaya Niup yang menempatkan 10 mangsa daripada enam keluarga dan SMK Bekenu yang menempatkan 81 mangsa daripada 21 keluarga.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sehingga pukul 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Daripada jumlah tersebut bahagian Bintulu merekodkan sembilan PPS, dengan jumlah 4,605 mangsa; Serian 19 PPS (2,123 mangsa); Samarahan 11 PPS (795 mangsa); Kuching empat PPS (496 mangsa) dan Miri sembilan PPS ( 479 mangsa).
Bahagian Sibu pula merekodkan lima PPS dan 981 mangsa.
Dua PPS di Miri turut dibuka untuk bencana tanah runtuh iaitu PPS Persatuan Bulan Sabit Merah yang menempatkan 105 mangsa dan 25 keluarga dan PPS Dewan Kampung Sukan yang menempatkan 24 mangsa dan enam keluarga.
Turut dibuka PPS Dewan Datuk Aaron Bawan di Kanowit yang menempatkan 37 mangsa daripada sembilan keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah panjang.
Menurut Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hujan luar biasa dijangka masih turun dan sukar diramal lokalitinya.
“Situasinya sukar diramal dan kita perlu sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, semua pasukan dalam JBPNS kini berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan akan digerakkan pada bila-bila masa,” katanya.
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan