awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 7,931 orang

Bernama
Bernama
22/02/2016
01:58 MYT
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 7,931 orang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.
Beliau berkata sehingga pukul 6 pagi, 24 PP dibuka di daerah Kuching berbanding lapan malam tadi sementara di daerah Bau kekal sebanyak Sembilan buah.
Katanya bahagian Serian kekal sebagaimana malam tadi dengan tujuh PP di daerah Serian serta satu di daerah Padawan, dan bahagian Samarahan juga kekal dengan enam PP di daerah Kota Samarahan.
Menurutnya keadaan cuaca awal pagi ini di bahagian-bahagian berkenaan kelihatan lebih baik berbanding sejak tiga hari lepas.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kuching
#mangsa
#pertahanan awam
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan