Mangsa banjir di Sarawak meningkat malam ini

Bernama
Februari 9, 2016 14:30 MYT
Sebuah rumah dinaiki air ketika tinjauan fotoBernama di Kampung sekitar tepi Sungai Sarawak termasuk Jalan Ajibah Abol, Jalan Haji Mataim yang dinaiki air akibat kejadian air pasang besar dan selepas hujan lebat melanda Kuching. - Gambar Bernama
Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 3,230 orang, setakat 9 malam ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah itu meningkat, berbanding 2,679 mangsa dicatatkan 5 petang tadi.
Beliau berkata peningkatan bilangan mangsa berikutan air pasang besar bertembung dengan air dari hulu Sungai Sarawak, sehingga menjejaskan kampung-kampung di sepanjang sungai.
"Di daerah Kuching, 20 pusat pemindahan dibuka, manakala lima pusat pemindahan dibuka di daerah Bau. 25 pusat pemindahan ini menempatkan 3,230 mangsa daripada 829 keluarga," katanya.
#230 orang #Jabatan Pertahanan Awam Sarawak #Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 3 #Siti Huzaimah Ibrahim