awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Bernama
Bernama
04/02/2025
14:44 MYT
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Penduduk kampung menggunakan bot untuk keluar dari rumah mereka selepas kawasan rumah mereka dinaiki air banjir di Pangkalan Buit Garam hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam ini.
Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa banjir di Bintulu menurun kepada 2,429 orang berbanding 2,466 di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi, manakala 1,372 lagi mangsa di Miri masih berada di 11 PPS berbanding 1,390 orang sebelum ini.
Jumlah mangsa di lima PPS di Sibu pula meningkat kepada 828 orang berbanding 825 orang petang tadi, sementara di Serian jumlah mangsa kekal 792 orang di dua PPS.
Jumlah mangsa di Samarahan menurun kepada 426 orang di empat PPS berbanding 523 orang petang tadi, manakala peningkatan jumlah mangsa dialami di Mukah dengan 313 orang malam ini berbanding 263 orang petang tadi, berlindung di empat PPS.
Secara keseluruhan 32 PPS masih aktif setakat malam ini selepas sebuah PPS di Samarahan ditutup hari ini.
Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 40 keluarga setakat 8 malam.
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan Kinabatangan merupakan satu-satunya daerah masih dilanda bencana itu.
Menurut jawatankuasa itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau menempatkan 36 orang daripada 13 keluarga, manakala PPS SK Bukit Garam menempatkan 101 orang daripada 27 keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sarawak
#Sabah
#PPS
#JBPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan