awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Negeri Sembilan naik mendadak, daerah Tampin teruk terjejas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/01/2022
01:07 MYT
Mangsa banjir Negeri Sembilan naik mendadak, daerah Tampin teruk terjejas
Tinjauan di sekitar daerah Tampin mendapati paras air di beberapa kawasan kediaman sudah surut tetapi hujan lebat masih berterusan pagi ini. - Foto Astro AWANI
TAMPIN: Angka mangsa banjir di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 1,666 mangsa setakat jam 8 pagi ini, yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.
Tujuh daripada jumlah PPS berkenaan dibuka di Tampin, yang merupakan daerah paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor kepada Astro AWANI pagi ini.
“Jika pada petang semalam hanya 239 mangsa dipindahkan ke 10 PPS, sehingga pagi ini, 1,666 membabitkan 413 keluarga telah diselamatkan ke PPS berhampiran, selain berlaku peningkatan paras air sungai.
“Buat masa ini PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelemah Gemas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 786 mangsa, diikuti PPS SK Agama Arab Jelai 4, yang juga di daerah Tampin ini, dengan seramai 266 mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata, lima PPS lain di daerah Tampin ialah di SK Keru, Surau Kampung Gedok, Dewan Semarak Air Kuning, SK Kampung Londah Gemas, Dewan Besar Gemas dan Dewan Hala Cara Gemas.
Paras air di Sungai Gemencheh juga melepasi paras bahaya 39.9 meter dengan bacaan semasa 39.76 meter.
Selain itu, terdapat juga insiden tanah runtuh di kawasan Kampung Jeram dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan selain laluan utama Tampin menghala ke Pekan Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah juga ditutup.
Katanya, daerah lain yang turut terjejas ialah daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.
Tinjauan Astro Awani di sekitar daerah Tampin mendapati meskipun paras air di beberapa kawasan kediaman sudahpun surut, namun hujan lebat masih berterusan sejak malam tadi.
Topic Berkaitan
#banjir negeri sembilan
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan