awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi

Bernama
Bernama
22/01/2021
20:18 MYT
Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Kerajaan negeri akan melaksanakan projek mendalamkan sungai di daerah Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda. - Gambar fail Bernama
KOTA KINABALU:Mangsa banjir di Sabah turun mendadak kepada 94 orang daripada 22 keluarga setakat 9 malam tadi berbanding 352 orang daripada 99 keluarga pada 4 petang berikutan bencana banjir yang semakin pulih di negeri ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah menerusi kenyataan malam tadi memberitahu hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.
"Dewan Mohd Dun Banir menempatkan 52 mangsa daripada 14 keluarga manakala 42 mangsa daripada lapan keluarga masih di Dewan Kampung Song-Song," katanya.
Menurut kenyataan itu, tiga pusat pemindahan ditutup malam tadi iaitu Dewan Pa'Musa di Beaufort, Dewan Sekolah Suang Punggor di Kota Belud dan Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Banar di Tenom.
Cuaca malam tadi baik dengan hujan dan angin kencang hanya di beberapa tempat antaranya Sipitang dan Kuala Penyu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semakin baik
#bilangan mangsa
#turun
#mendadak
#ditutup
#Beaufort
#Kota Belud
#banjir sabah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan