awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir seluruh negara menurun, Kelantan masih tertinggi

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2022
01:45 MYT
Mangsa banjir seluruh negara menurun, Kelantan masih tertinggi
Keadaan Kampung Tersang di Rantau Panjang yang masih digenangi banjir termenung ketika tinjauan pada Khamis. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan sedikit penurunan apabila merekodkan sejumlah 2,377 orang setakat jam 7 pagi Jumaat, berbanding 2,387 pada Khamis.
Sehingga kini, lima negeri yang terjejas iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, melibatkan 728 keluarga.
Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 16 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di lapan daerah.
Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,019 orang melibatkan 637 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS.
Seramai 141 mangsa di Pahang pula kini ditempatkan di satu PPS yang melibatkan 36 keluarga, seterusnya di Johor, 91 mangsa daripada 24 keluarga kini berada di empat PPS yang disediakan.
Sementara di Perak, tiga PPS dibuka yang menempatkan 89 mangsa daripada 21 keluarga, manakala di Terengganu, hanya sebuah PPS dibuka dan menempatkan 37 mangsa daripada 10 keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan