NATIONAL
Mangsa culik di Palekbang ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dalam kejadian di Palekbang, Tumpat ditemukan selamat pada Selasa. -Foto tular media sosial
TUMPAT: Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dalam kejadian di Palekbang di sini ditemukan selamat pada Selasa.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan ringan semasa ditemukan.
Menurut sumber, mangsa telah ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat.
"Difahamkan, empat lelaki dipercayai melarikan mangsa. Kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama sebuah kereta jenis Suzuki Swift," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Ujar sumber lagi, mangsa tidak dapat mengecam suspek disebabkan matanya ditutup semasa kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat.
Terdahulu, tular tangkap layar menunjukkan kejadian culik melibatkan seorang lelaki yang didakwa berlaku di Palekbang pada Selasa. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik di Palekbang, Tumpat telah ditemukan selamat pada Selasa, namun mengalami kecederaan ringan.
- Mangsa ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat dan tidak dapat mengecam suspek kerana matanya ditutup semasa kejadian; empat lelaki dipercayai melarikan mangsa menggunakan sebuah kereta Suzuki Swift.
- Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat kes tersebut, yang turut tular di media sosial melalui tangkap layar kejadian.