Skip to main content

Malaysia

Mangsa dera mahu makan ayam masak kicap

61355871580_295x200.jpg
Susulan kes kanak-kanak mati didera di Alor Setar, Kedah.

Ibu kepada kanak-kanak malang itu mahu teman lelakinya dikenakan hukuman setimpal.

Dalam pada itu Norhafizah Othman, 25 tahun masih tidak dapat menerima hakikat  anaknya, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dua tahun jadi mangsa perlakuan kejam kekasih sendiri.

Menurut Norhafizah, Faiz ditinggalkan dalam jagaan suspek  sebelum keluar bekerja pada jam 12 tengahari Isnin.

Bagaimanapun 3 jam kemudian, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya sudah tidak bernyawa.

Ketua bahagian siasatan jenayah Kota Setar SDP V. Saravanan berkata hasil bedah siasat menunjukkan mangsa cedera teruk di bahagian usus termasuk putus pankreas selain lebam dan kesan cubitan di kemaluan.

Sementara itu polis menahan suspek lelaki berusia 28 tahun di rumahnya di Kubang Rotan Kuala Kedah kira-kira pukul 3 pagi pada Selasa.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement

Must Watch Video