awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor

Faida Rahim
Faida Rahim
09/02/2025
01:30 MYT
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Hussein memaklumkan mangsa, seorang warga asing berusia lingkungan 30-an itu, dikejarkan ke hospital selepas kejadian untuk menerima rawatan. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang pekerja pembersihan yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam dilaporkan stabil.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mangsa, seorang warga asing berusia lingkungan 30-an itu, dikejarkan ke hospital selepas kejadian untuk menerima rawatan.
“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan suspek yang juga warga tempatan dipercayai tiba di pusat beli-belah itu lebih kurang 10 malam dan menuju ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan.
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Suspek yang bertanggungjawab terhadap kes tembakan malam tadi dipercayai tidak mempunyai kenderaan sendiri semasa melarikan diri.
“Polis percaya suspek tiada kenderaan, tetapi dalam siasatan lagi,” katanya.
Ini kerana selepas melepaskan tembakan, suspek kemudian melarikan diri dengan menahan sebuah kenderaan seterusnya memaksa pemandu kenderaan membawanya keluar dari kawasan terbabit.
Suspek kemudian memaksa pemandu itu menurunkannya di tepi jalan sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan pemandu terbabit kemudiannya membuat laporan polis.
Berikutan itu katanya polis kini giat menjejaki suspek di lokasi terakhir suspek dilihat.
Dalam pada itu, polis turut menemui sebanyak 13 kelongsong peluru di kawasan tangga dan tempat parkir aras P1, P2 dan P3.
Sementara itu, kes kini disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (FIPA), Seksyen 307/384 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam malam tadi.
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Setia Alam
#pekerja pembersihan
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan