awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa keenam rabies, kanak-kanak 7 tahun dari Gedong Serian

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2017
14:52 MYT
Mangsa keenam rabies, kanak-kanak 7 tahun dari Gedong Serian
Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melalui sebuah kenyataan media telah mengesahkan terdapat satu kes baru telah disahkan dari Kampung Kuala, Gedong Bahagian Samarahan, Sarawak.
Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) hari ini mengesahkan terdapat satu kes baharu jangkitan rabies telah dikesan di Kampung Kuala, Gedong Bahagian Samarahan, Sarawak.
Dengan pengesahan kes ini, jumlah kes rabies yang melibatkan manusia di Sarawak sehingga 8 Ogos lalu adalah sebanyak enam kes yang disahkan melalui ujian makmal.
Sebelum ini, terdapat dua kes dari Kampung Paon Rimu Bakong, Serian, manakala Kampung Lebor, Kampung Seroban dan Kampung Remun, Serian pula masing-masing satu kes.
Kes keenam adalah kanak-kanak lelaki, berumur 7 tahun berasal dari Kampung Kuala, Gedong, Bahagian Samarahan dan mempunyai sejarah digigit anjing pada 17 Jun.
Dia telah menerima tiga dos suntikan vaksin anti-rabies di Hospital Serian pada 21, 24 Julai dan 28 Julai lalu dan dos keempat dijadualkan pada 4 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun pada 1 Ogos, mangsa mula mengalami demam, batuk dan muntah dan dimasukkan ke wad Hospital Serian.
Keadaan kanak-kanak itu merosot dengan mengalami perubahan sikap dan halusinasi dan telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 3 Ogos.
Dia kini menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak dan terpaksa diberi alat sokongan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal.
Ujian sampel yang dihantar pada 8 Ogos dan keputusan pada hari yang sama menunjukkan positif terhadap virus rabies.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#kes baharu
#kes rabies
#Sarawak
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan