MALAYSIA
Mangsa kemalangan dilapor hilang, ditemukan selamat di Kulim
Mangsa ditemukan dengan sedikit kesan calar pada badan sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Kob dan diserahkan kepada keluarganya. - Gambar/ PDRM
KULIM: Mangsa kemalangan yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Batu Puteh-Labu Besar dekat sini semalam ditemukan selamat pagi tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Solehin Abd Latif, 28, ditemukan pada 8.40 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
"Ketika anggota membuat rondaan di lokasi kemalangan pada 8 pagi tadi, seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan ada seorang individu yang hanya berseluar dalam berada di tepi jalan Batu Puteh menghala ke Labu Besar.
"Berpandukan maklumat berkenaan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus ke lokasi dan mengesahkan lelaki itu adalah mangsa yang dicari," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata mangsa yang ditemukan dengan sedikit kesan calar pada badan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob sebelum diserahkan kepada keluarganya dengan SAR ditamatkan 10 pagi tadi.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dan ditemukan terbakar di dalam longkang di bahu jalan, dalam kejadian 5.30 pagi semalam.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan keluar bersendirian dan hanya dompet, kad pengenalan serta telefon miliknya ditemukan di tempat kejadian dengan keluarganya turut membuat pencarian di hospital terdekat namun gagal menemukan lelaki itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mohd Solehin Abd Latif, 28, yang dilaporkan hilang selepas keretanya terbabas dan terbakar di Jalan Batu Puteh-Labu Besar, Kulim, ditemukan selamat pagi tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
- Mangsa ditemui oleh pasukan SAR selepas seorang lelaki memaklumkan kehadiran individu hanya berseluar dalam di tepi jalan, dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob sebelum diserahkan kepada keluarganya.
- Kejadian berlaku sekitar 5.30 pagi semalam, dengan kereta mangsa ditemukan terbakar dalam longkang dan hanya barang peribadi seperti dompet serta telefon bimbit dijumpai di lokasi sebelum operasi pencarian dijalankan.