Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Mangsa kepala air tidak terperangkap dalam kenderaan - Polis

Bernama 18/11/2025 | 07:30 MYT
Mangsa yang penyelia projek penambahbaikan sungai cuba menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras. -Foto tular
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berdepan keadaan sukar dalam usaha mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini semalam, berikutan paras air meningkat hampir enam meter selepas hujan lebat pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan lelaki di Sungai Klang berdepan kesukaran berikutan arus deras selepas hujan lebat.
  • Polis perluas operasi SAR mengikut aliran sungai ke Shah Alam, Selangor, sementara Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM melibatkan 11 mangsa lain.
  • Mangsa yang penyelia projek penambahbaikan sungai cuba menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras; operasi SAR disambung selepas ditangguhkan malam sebelumnya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari mangsa berusia 34 tahun itu akan diperluas secara berperingkat mengikut aliran sungai menuju ke Shah Alam, Selangor.

"Kami akan mulakan operasi mencari dari lokasi kejadian dan bergerak sejauh mungkin hari ini, namun ia bergantung kepada paras air semasa," katanya kepada pemberita di lokasi.

Beliau berkata polis turut mengenal pasti identiti mangsa yang merupakan penyelia bagi projek penambahbaikan sungai di kawasan berkenaan dan cuba mengalih kenderaannya ketika kejadian berlaku.

"Rakaman video yang tular mendapati mangsa sempat keluar dari kenderaannya sejurus kejadian kepala air berlaku dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada dinding tebing sungai.

"Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa gagal bertahan lalu dihanyutkan," katanya.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan operasi SAR disambung hari ini selepas ditangguhkan 11 malam tadi.

Operasi itu bermula di kawasan mangsa terakhir dilihat dan diperluas sehingga kawasan Selangor dengan menumpukan kepada pencarian di permukaan air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang dan turut melibatkan 11 mangsa lain yang terperangkap di bawah jambatan, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh JBPM.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah umur lelaki yang dihanyutkan arus di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma?
    A: Mangsa yang dihanyutkan arus di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma berusia 34 tahun.
  • Q: Apakah jawapan Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkaitan operasi mencari mangsa tersebut?
    A: Ketua Polis Daerah Dang Wangi menyatakan bahawa operasi mencari mangsa akan diperluas secara berperingkat mengikut aliran sungai menuju ke Shah Alam, Selangor.
  • Q: Bilakah operasi SAR disambung semula oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)?
    A: Operasi SAR disambung semula oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas ditangguhkan pada pukul 11 malam.



#kepala air #sungai klang #pintasan saloma #JBPM