awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
20/01/2025
06:15 MYT
Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Armizan menegaskan segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mangsa penipuan syarikat pengendali umrah disaran tampil memfailkan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Ringkasan AI
  • Mangsa penipuan syarikat pengendali umrah disaran memfailkan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk memperjuangkan hak mereka.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, menegaskan bahawa segala bentuk penipuan perlu ditangani dan kementeriannya komited untuk menangani isu ini.
  • Minggu lalu, 379 bakal jemaah umrah ditunda penerbangannya oleh syarikat pengendali umrah, dan pemilik syarikat serta isterinya telah direman selama tiga hari berikutan dakwaan penipuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, platform itu merupakan cara terbaik untuk pengguna memperjuangkan hak mereka.
"Kita mengalu-alukan mereka yang terlibat untuk tampil ke TTPM bagi menangani sebarang bentuk penipuan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025, di sini, pada Isnin.
Armizan menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.
"Orang kumpul duit untuk pergi umrah tetapi akhirnya hasrat baik mereka terencat disebabkan oleh penipuan sebegini yang melibatkan pengurusan syarikat umrah," katanya.
Minggu lalu, negara dikejutkan dengan 379 bakal jemaah umrah yang sepatutnya terbang bermula Selasa namun ditunda oleh syarikat berkenaan di saat-saat akhir.
Pemilik syarikat berkenaan dan isterinya kemudian direman selama tiga hari berikutan dakwaan penipuan.
Pengarah Urusan syarikat umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd sebelum itu membuat permohonan maaf secara terbuka dan menawarkan tiga penyelesaian.
Ini termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah. Bagaimanapun difahamkan setakat ini hanya 20 individu yang menerima pemulangan wang.
Topic Berkaitan
#umrah
#kpdn
#Armizan
#Tuntutan Tribunal Pengguna
#Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan