awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa serangan buaya di Limbang ditemukan meninggal dunia

Bernama
Bernama
09/07/2025
12:30 MYT
Mangsa serangan buaya di Limbang ditemukan meninggal dunia
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Pendam, semalam, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. - Foto Sinar Harian
LIMBANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Pendam, di sini semalam, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata jasad Karim Osman, 58, ditemui dalam keadaan sempurna pada 2.28 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB), oleh pasukan SAR yang menggunakan teknik pencarian di permukaan.
"Operasi SAR hari kedua dimulakan seawal 9 pagi dengan pencarian dilakukan di sepanjang sungai dalam radius satu hingga dua kilometer, di kawasan yang dipercayai lokasi terakhir kelibat buaya itu kelihatan sebelum insiden berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian yang pada 3.13 petang semalam, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam dan saksi memaklumkan hanya barangan peribadi dan peralatan memancing milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.
Pasukan SAR semalam turut melaporkan kelibat seekor buaya timbul seketika di permukaan air dengan objek menyerupai jasad manusia berada dalam mulut reptilia itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan buaya
#Limbang
#ditemukan meninggal dunia
#Sungai Kampung Pendam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan