awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa trauma rantai emas diragut ketika suap ibu makan

Bernama
Bernama
18/08/2016
05:50 MYT
Mangsa trauma rantai emas diragut ketika suap ibu makan
Seorang warga emas yang sedang menyuapkan nasi untuk ibunya yang berumur 95 tahun trauma apabila rantai emas yang dipakai di lehernya disamun seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Jaga, Jerteh. -Gambar hiasan
Seorang warga emas yang sedang menyuapkan nasi untuk ibunya yang berumur 95 tahun trauma apabila rantai emas yang dipakai di lehernya disamun seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Jaga, Jerteh di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang itu, mangsa, Hafsah Abdullah dikatakan sedang menyuap nasi ke mulut ibunya apabila datang seorang lelaki yang tidak dikenali menutup mukanya dengan tuala sebelum menyamun rantai emas yang dipakainya.
Mohd Zamri berkata, mangsa tidak sempat meminta tolong kerana kedudukan rumah berkenaan yang agak terpencil iaitu kira-kira 200 meter dari jiran terdekat dan pada ketika itu hanya mereka berdua sahaja berada di rumah.
"Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM20,000 dan turut mengalami luka kecil di sebelah telinga kanan akibat ragutan tersebut.
"Mangsa turut mengalami luka pada kedua belah kaki kerana terkena serpihan kaca pinggan nasi yang dipegangnya," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, mengikut siasatan awal mendapati suspek yang berbadan kurus dan berkulit cerah itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap kayu bilik rumah mangsa yang tidak berkunci.
Polis kini katanya sedang giat mengesan suspek yang dipercayai masih berada di sekitar kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#Hafsah Abdullah
#Kampung Gong Jaga
#rantai emas
#Zamri Mohd Rowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan