awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto BN: Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dipertingkat

Bernama
Bernama
07/04/2018
15:27 MYT
Manifesto BN: Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dipertingkat
BN mahu mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) menjanjikan sektor pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat tempatan melalui usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada 15 peratus.
Ini antara kandungan Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' yang dilancarkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
BN juga berjanji untuk menyemarakkan industri berteknologi tinggi bagi mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.
Seterusnya, BN berazam mempercepat pembangunan 'Malaysian Vision Valley' yang dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.
Selain itu, 10,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Berikut merupakan janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto BN:
  • Memperluas amalan waktu kerja fleksibel di sektor awam.
  • Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.
  • Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan.
  • Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baharu.
  • Mempertingkat literasi kewangan dengan memperluas program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  • Memperkenal modul literasi kewangan di sekolah menengah.
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
  • Memperluas peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas yang membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka dipasarkan dalam talian.
  • Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi anggota majlis pihak berkuasa tempatan dan anggota Dewan Negara.
  • Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#GLC
#MalaysiaMemilih
#manifesto BN
#Najib Razak
#pekerjaan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan