Manifesto BN: Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dipertingkat

Bernama
April 7, 2018 15:27 MYT
BN mahu mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) menjanjikan sektor pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat tempatan melalui usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada 15 peratus.
Ini antara kandungan Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' yang dilancarkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
BN juga berjanji untuk menyemarakkan industri berteknologi tinggi bagi mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.
Seterusnya, BN berazam mempercepat pembangunan 'Malaysian Vision Valley' yang dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.
Selain itu, 10,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Berikut merupakan janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto BN:
  • Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.
  • Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan.
  • Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baharu.
  • -- BERNAMA
    #Barisan Nasional #GLC #MalaysiaMemilih #manifesto BN #Najib Razak #pekerjaan #politik