MELAKA: Seorang pengusaha stesen minyak didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan memanipulasi harga produk ubatan.
Majistret Nabila Nizam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Ashraf Mohd Yusof, 33, dan memerintahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Mohd Ashraf membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan beliau didapati memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barangan Panadol Menstrual 10's yang dipamerkan dengan harga RM5.40 berbeza dengan harga yang diimbas pada mesin pengimbas iaitu RM7.20.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka stesen minyak di Lebuh Ayer Keroh di sini pada 11.15 pagi 5 Jan lepas, mengikut Seksyen 12(1)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(1)(b) akta sama.
Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norhysam Mohd Noor memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu melibatkan produk kesihatan yang merupakan barangan keperluan asas pengguna.
Mohd Ashraf yang tidak diwakili peguam memohon denda minimum kerana kesalahan itu berpunca daripada kecuaian dan bukan niatnya untuk mengelirukan pengguna, selain perlu menjaga dua anak kerana isterinya seorang doktor yang berkhidmat di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Majistret Nabila Nizam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Ashraf Mohd Yusof dan memerintahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Tiga cedera dalam serangan peluru Ukraine
Tiga orang awam cedera di Wilayah Belgorod, Rusia selepas Ukraine melancarkan serangan peluru di Bandar Shebekino.
Ribuan orang menyambut kehadiran Pope Francis Pope Francis
Ribuan penganut katolik di Vanimo, Papua New Guinea (PNG) menyambut kedatangan pemimpin gereja Katolik dan Kota Vatican, Pope Francis pada Ahad.
Kebakaran berpanjangan, Bolivia isytihar darurat
Kerajaan Bolivia pada Sabtu mengisytiharkan negara tersbeut darurat susulan kebakaran hutan yang semakin marak.
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.
Pasangan dipenjara, denda curi Milo dakwa untuk tampung kos dialisis ibu tidak benar - MAIM
Dakwaan seorang lelaki yang dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini dua hari lepas kerana mencuri Milo bagi menampung kos dialisis ibunya adalah tidak benar.
Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.
SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel
SPRM menahan lima individu termasuk empat pengusaha stesen minyak kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan menyeleweng minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Nabila Razali mohon maaf
Mengikut pertuduhan, Nabila didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh dan tanpa polisi insurans.
Sindiket bawa masuk warga asing: 11 individu direman SPRM
SPRM tahan reman 11 individu termasuk empat penguatkuasa yang berkhidmat di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa berkaitan sindiket bawa masuk warga asing secara tidak sah.
Suspek serang dua wanita di surau di Kelana Jaya dituduh Isnin ini - Polis
Seorang lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama di Kelana Jaya akan dituduh Isnin.