Mansuh akta percetakan, Nurul Izzah janjikan kebebasan media

Dania Zainuddin, Wafa Aula
Mei 11, 2018 06:53 MYT
Menerusi laman sosial, Izzah akan memastikan kebebasan media menjadi agenda utama dalam reformasi kerajaan Pakatan Harapan. -Foto Bernama
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menegaskan untuk memansuhkan rang undang-undang akbar percetakan dan penerbitan bagi menyokong kebebasan media.
Beliau menjelaskan, usaha itu adalah penting bagi membentuk sebuah persekitaran media yang terbuka seterusnya membangunkan sebuah negara yang sihat.
“Ini adalah era baru untuk Malaysia di mana kami perlu meraikan kebenaran. Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara.
“Adalah menjadi komitmen saya untuk memastikan kebebasan media secara holistik,” kata Nurul Izzah ketika ditemui di luar bangunan Yayasan AlBukhary di sini, hari ini.
Sebelum ini, di media sosial, Nurul Izzah pernah menyuarakan hasrat tersebut sebagai agenda utama dalam reformasi kerajaan pakatan Harapan.

Sedari 2010, sudah saya persiapkan dokumentasi bg memansuhkan akta yg mengekang kebebasan media. InshaaAllah, Agenda Reformasi menjadi keutamaan https://t.co/a9FHhY75ud

— Nurul Izzah (@n_izzah) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan sebuah akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak, pencetakan, penghasilan dan pengedaran hasil penerbitan.
#kebebasan bersuara #Kebebasan Media #mansuh undang-undang #Nurul Izzah #Pakatan Harapan