awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuh hukuman mati mandatori: Bukti komitmen kerajaan PN lakukan pembaharuan - Dr Afif

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2022
10:35 MYT
Mansuh hukuman mati mandatori: Bukti komitmen kerajaan PN lakukan pembaharuan - Dr Afif
Dr Afif Bahardin berkata, pengumuman itu juga menjamin hak keadilan dan kesaksamaan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan yang memansuhkan hukuman mati mandatori membuktikan komitmen dan keutamaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan untuk meneruskan agenda pembaharuan dan pengukuhan institusi perundangan negara.
Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Afif Bahardin berkata, pengumuman itu juga menjamin hak keadilan dan kesaksamaan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Menurutnya, langkah progresif yang diambil itu diharap membuka lebih banyak ruang untuk reformasi perundangan terus berjalan di dalam institusi kehakiman dan perundangan.
BACA: Kerajaan bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan
“Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Perikatan Nasional khususnya Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum.
“Selain itu, penghargaan juga buat anggota lain yang terdiri daripada pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, beliau juga menyambut baik keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.
“Salah satunya kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah,” ujarnya.
Hukuman Mati Mandatori | Dimansuhkan, apa kesannya?
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.
Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#undang-undang
#hukuman mati mandatori
#mansuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan