MALAYSIA
‘Manusia atau binatang?’ – PM Anwar ulas isu buli hingga bawa kematian
Anwar berkata, insiden buli sehingga menyebabkan kematian, serta cubaan mencetuskan kebencian di antara kaum, mendambakan usaha berterusan semua untuk terus mempertahankan negara ini daripada elemen sedemikian. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
CYBERJAYA: Dalam negara menuju ke arah kemajuan teknologi, termasuk dengan penerapan kecerdasan buatan (AI), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan elemen kemanusiaan tidak boleh diketepikan sama sekali.
Ringkasan AI
Beliau berkata, insiden buli sehingga menyebabkan kematian, serta cubaan mencetuskan kebencian di antara kaum, mendambakan usaha berterusan semua untuk terus mempertahankan negara ini daripada elemen sedemikian.
Katanya lagi, beliau hairan dengan sikap segelintir pihak yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, tetapi sentiasa memilih cara berbahas yang hambar dan ‘bobrok’ tentang perkauman, walaupun negara ini sudah 68 tahun mengecap kemerdekaan.
“Sudah 68 tahun merdeka tak habis habis lagi … ajak bergaduh bukan atas fakta, bukan atas sebab. Semuanya lulusan universiti, tetapi bahas dengan cara yang hambar dan bobrok!
“Bicara soal kebencian antara kaum, menghina agama, menghina warna kulit … ini bukan maknanya pendidikan. Pendidikan itu mengangkat martabat manusia, pendidikan itu ertinya dengan ilmu menjadi manusia yang lebih baik, lebih hebat.
“Saya harap anak-anak pertahankan ini … dan sampaikan salam kepada ibu bapa dan rakan-rakan, beritahu mereka negara ini harus diselamatkan daripada unsur begini. Tak malukah kita? Sekolah, universiti, institut hospital. (Isu) penderaan, buli ini … manusia atau binatang?” soalnya lagi.
PM Anwar berkata demikian ketika berucap dalam sesi Temu Anwar @ Multimedia University, serta Perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan MMU di Cyberjaya, pada Isnin.
Dalam pada itu Anwar berkata, Kerajaan Madani sama sekali tidak akan menyembunyikan fakta mengenai kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir seperti yang didakwa pihak tertentu.
“Senang saja hasut. Tengok kes anak kita Zara yang meninggal dunia, bagaimana senang orang hasut. Kalau betul fakta okay. Tadi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri) Saifuddin (Nasution Ismail) jelaskan secara terperinci di Parlimen.
“Tetapi kita jadi so gullible (mudah tertipu) termasuk yang cerdik. Dengar satu kononnya, a renowned pathologist (seorang ahli patologi tersohor) bagi gambaran begitu dan begini, apabila kita periksa tak ada pun pathologist (ahli patologi) itu. Tak ada pun dalam rekod kita. Ianya adalah palsu.
“Tapi orang dah marah, jutaan orang dah panas, tak boleh saudara. Oh... (kononnya) anak VVIP, saya peduli apa anak siapa? Kalau kes libatkan pembunuhan atau buli, saya tak peduli anak siapa. Tapi siasat dan dakwa.
“Tapi jangan kata kita nak selindung. Apa sebab, apa guna kita memegang kedudukan begini, (tetapi) nak selindung orang? If you are at fault, if you committed a criminal offense, I don’t care ...(Jika anda melakukan kesalahan, jika anda bersalah, saya tidak peduli). Anak siapa pun saya peduli apa. You buat salah you terima hukuman. Itu cara kita. That is what we stand for (Ini apa yang kita pertahankan). This is what the Madani government is all about (Inilah Kerajaan Madani)," tegasnya.
Ringkasan AI
- PM Anwar tegaskan elemen kemanusiaan mesti dipertahankan dalam era teknologi dan AI.
- Beliau kritik sikap segelintir individu berpendidikan tinggi yang masih bawa isu perkauman secara dangkal.
- Seru generasi muda pertahankan nilai kemanusiaan dan tolak unsur kebencian demi masa depan negara.