MALAYSIA
MAPIM aktifkan SNCC, perkukuh komunikasi Misi Sumud Flotilla 2025
Pusat itu berfungsi sebagai pusat kawalan komunikasi antarabangsa yang memastikan naratif misi kemanusiaan dikendalikan secara bersepadu. - Astro AWANI
SEPANG: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kini mengaktifkan Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di MAPIM Central Warehouse, Sepang, sebagai langkah strategik dalam menyokong Misi Global Sumud Flotilla 2025.
SNCC dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, pusat itu berfungsi sebagai pusat kawalan komunikasi antarabangsa yang bertujuan memastikan naratif misi kemanusiaan dikendalikan secara bersepadu, mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat serta memperkukuh suara Malaysia dan Nusantara di pentas komunikasi global.
“SNCC akan menjadi nadi penyelarasan komunikasi bagi misi Sumud Flotilla yang melibatkan pelbagai negara dan organisasi kemanusiaan serantau.
“SNCC bukan sahaja menjadi pusat maklumat, malah berperanan sebagai benteng komunikasi yang memastikan mesej perjuangan kemanusiaan disampaikan dengan tepat dan berkesan,” menurut kenyataan itu.
SNCC turut menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini.
Misi Global Sumud Flotilla 2025 merupakan inisiatif kemanusiaan yang digerakkan MAPIM bersama rakan-rakan antarabangsa bagi menyampaikan bantuan dan solidariti kepada wilayah-wilayah bergolak.